Skip to main content

TERKENAL TANPA SENGAJA


Terkenal tanpa sengaja



Mohd Hanafis Abd Haris
hanafis@hmetro.com.my

BUKAN hanya tular di Malaysia, wajahnya kini menjadi perbualan netizen Indonesia. Itu situasi yang dihadapi Amelia Hani Khairil Sani Wong, 21, apabila wajahnya yang dibandingkan dengan pelakon drama Korea popular Goblin, Kim Go Eun tular di laman sosial sejak 23 Jun lalu.
Menceritakan kisah berkenaan, Amelia yang juga penuntut Diploma Pembantu Perubatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru berkata, dia hanya mengenali pelakon serta kewujudan drama Goblin itu selepas dimaklumkan oleh seorang rakan karibnya Mac lalu.




"Pertama kali melihat pelakon terbabit saya tidak rasa wajah saya mirip pelakon terbabit, namun rakan serta ibu mengatakan terdapat beberapa persamaan terutama pada bahagian mata dan senyuman saya," katanya.
Menurutnya, berikutan itu dia kemudian cuba mengambil gambar bersama telefon pintar yang memaparkan Go Eun dan kemudian memuat naik di akaun Instagramnya 2 April lalu.
"Gambar terbabit kemudian tular apabila seorang daripada rakan kelas 'screenshot' gambar berkenaan dan memuat naik ke akaun Twitter. Sehingga kini ia sudah menerima 23,800 'retweet' dan 10,700 likes di Twitter. Malah gambar itu dikongsi lagi oleh beberapa laman Facebook.
"Malah ada yang mengambil gambar swafoto saya di Instagram dan kemudiannya membuat suntingan sendiri. Wajah saya diletakkan betul-betul bersebelahan pelakon terbabit bagi membuat perbandingan," katanya.
Amelia yang berasal dari Kedah berkata, penyebaran gambar terbabit juga tidak terhenti di situ kerana ia turut tular di Indonesia.
"Jumlah pengikut Instagram saya yang pada awalnya kira-kira 1,000 kemudian bertambah menjadi lebih 4,000. Namun apa yang menghairankan saya adalah kebanyakan pengikut baharu saya terdiri daripada rakyat Indonesia.
"Apabila diperiksa, rupanya gambar saya dengan Go Eun itu turut tersebar di Indonesia. Mungkin mereka di sana antara peminat drama korea itu," katanya.
Menurutnya, dia tidak mengambil serius berhubung isu terbabit, malah menganggap ia perkara biasa yang tular tanpa disengajakan.


"Saya tidak terfikir pun nak gunakan kesempatan populariti ini untuk tujuan tertentu. Malah apa yang lebih penting adalah pelajaran saya," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.
Drama Goblin menjadi fenomena dalam kalangan peminat drama Korea seluruh dunia sejak ditayangkan Disember lalu.
Drama itu dibintangi oleh Gong Yoo, Lee Dong Wook, Yoo In Na, Yook Sung Jae dan juga Kim Go Eun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 11:00 PM


Comments

Popular posts from this blog

RUNNING MAN EPISODE 357 - FREE WATCH

RUNNING MAN EPISODE 357 WATCH HERE IF THE VIDEO HAD BEEN REMOVE => CLICK <= Show: Running Man Ratings:           2931 Stars | 650 Rates Guest(s): Hong Jin-young, Lee Sun-bin, Lee Tae-hwan (5urprise), Oh Ha-young, Son Na-eun (Apink), Son Yeo-eun Cast(s): Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Gwang Soo, Yang Se-chan, Jeon So-min Subbed by: VIU Aired on: 02-07-2017

LABUAN NEWS - KEJADIAN DI JALAN ARSHAD 21 July, 5:45pm.

LABUAN: kemalangan berlaku di jalan arshad kereta terbabas di percayai hilang kawalan ketika pemandu ingin memasuki simpang. Pemandu dan penumpang selamat dan tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Hati-hati di jalan raya.

RUNNING MAN EPISODE 333 (SONG JI HYO)

RUNNING MAN EPISODE 333 (SONG JI HYO) Show: Running Man Ratings:           4346 Stars | 971 Rates Guest(s): none Cast(s): Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Gwang Soo Subbed by: VIU Aired on: 08-01-2017